Kehidupan awal Beto_Kusyairy

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan memiliki kelulusan Diploma Perhotelan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[3] Dalam satu temuramah bersama Berita Harian, Beto bercakap mengenai asal-usul nama pentas beliau:

“Ketika terbabit dalam filem Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan.".

Sahabat saya bernama Syed Khusairi adalah inspirasi Beto untuk menjadi pelakon terbaik dalam filem Instabul Aku Datang!

Rujukan

WikiPedia: Beto_Kusyairy http://www.astroawani.com/berita-hiburan/qadr-kisa... http://www.facebook.com/BetoKusyairy.Z http://www.gempak.com/artikel/1271/aiman-hakim-bet... http://www.imdb.com/name/nm4379986/ http://instagram.com/beto_kusyairy http://www.ohbulan.com/beto-kusyairy-hentikan-traf... http://www.ohbulan.com/saya-berlakon-kerana-saya-p... http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.therakyatpost.com/life/celebrities-life... http://www.gua.com.my/berita-artis/Di_Telapak_Kaki...